Modul AI Generatif
Modul 3 dari 5

NotebookLM untuk Penciptaan Kandungan & Repositori

NotebookLM berpaut pada dokumen yang anda muat naik (source-grounding), bukan pengetahuan umum. Setiap jawapan boleh dirujuk semula kepada sumber asal, dan risiko halusinasi jauh lebih rendah.

Visual untuk NotebookLM

3.1Memuat naik sumber

Mulakan dengan memuat naik dokumen kerja sebagai sumber, contohnya laporan, SOP, dokumen dasar atau pekeliling. NotebookLM kemudian membaca kesemuanya dan menjawab hanya berdasarkan kandungan tersebut.

Contoh paparan NotebookLM
Lihat Contoh Notebook Ini

3.2Menjana ringkasan dan nota taklimat

Selepas sumber dimuat naik, taipkan soalan atau arahan seperti yang berikut di ruang sembang NotebookLM.

Contoh Arahan

Sasarkan penonton supaya bahasa dan panjang sesuai.

Saya pegawai latihan. Berdasarkan SOP yang dimuat naik, ringkaskan dalam satu muka surat untuk taklimat induksi kakitangan baharu. Susun dalam bentuk: (1) tujuan SOP, (2) lima langkah utama dalam senarai bernombor, (3) tiga perkara yang perlu dielakkan. Gunakan bahasa mudah tanpa istilah teknikal. Nada mesra dan jelas.
Contoh Arahan
Saya setiausaha pengarah. Berdasarkan laporan yang dimuat naik, sediakan nota taklimat satu muka surat untuk mesyuarat pengurusan minggu depan. Susun dalam tiga bahagian: (1) Isu Utama (3 perkara), (2) Status Terkini bagi setiap isu, (3) Tindakan yang Diperlukan dengan cadangan keputusan. Nada ringkas dan formal.

3.3Menjana soalan lazim (FAQ)

Contoh Arahan
Saya pegawai komunikasi dalaman. Berdasarkan dokumen dasar cuti yang dimuat naik, jana 10 soalan lazim (FAQ) yang biasa ditanya kakitangan, lengkap dengan jawapan ringkas (2–3 ayat setiap satu). Susun dalam format Soalan & Jawapan supaya boleh terus disiarkan di portal intranet. Nada mesra dan profesional.

3.4Menjana media ringkas

NotebookLM juga boleh menjana ringkasan audio, infografik dan pakej slaid daripada sumber yang sama. Gunakan ciri ini untuk menukar dokumen panjang kepada bahan komunikasi yang lebih mudah dihadam.

Contoh Arahan
Saya pegawai komunikasi. Berdasarkan laporan tahunan yang dimuat naik, cadangkan rangka pakej slaid taklimat (maksimum 8 slaid) untuk dibentangkan kepada lembaga pengarah. Bagi setiap slaid, berikan: (1) tajuk slaid, (2) tiga poin penting, (3) cadangan carta atau visual. Nada profesional dan padat.
Bonus: Tukar Style Infografik atau Slaid
NotebookLMPrompt Gaya Untuk Infografik dan SlaidPrompt Gaya Untuk Infografik dan Slaid
TIP. Kerana NotebookLM hanya merujuk sumber yang anda berikan, ia sesuai untuk dokumen sulit dalaman. Walau begitu, ikut dasar organisasi anda tentang apa yang boleh dimuat naik ke perkhidmatan luar.