Rujukan Penutup
Templat Arahan Pantas
Gunakan rangka mudah ini untuk membina arahan anda sendiri bagi mana-mana tugas. Isi setiap bahagian, kemudian gabungkannya menjadi satu ayat atau perenggan.
Contoh Arahan
Rangka empat hingga lima bahagian yang sesuai untuk hampir semua tugas pentadbiran.
[Konteks: siapa anda dan latar tugas] [Tugas: apa yang anda mahu dihasilkan] [Format: surat / senarai / perenggan / jadual] [Nada: rasmi / mesra / ringkas] [Bahan rujukan: tampal teks atau nota jika ada]
Contoh Mengikut Kategori
Pilih kategori yang paling hampir dengan tugas anda, salin contoh, dan ubah suai mengikut konteks sebenar.
Komunikasi Rasmi
Memo, notis dan surat arahan dalaman.
Memo perubahan waktu operasi
“Saya pembantu tadbir di Hospital Pengajar UNIMAS. Draf memo dalaman untuk memaklumkan perubahan waktu operasi kaunter. Susun dalam format memo rasmi. Nada profesional dan ringkas. Maklumat: waktu baharu ialah 8:00 pagi hingga 5:00 petang, berkuat kuasa 1 Julai.”
Notis latihan wajib
“Saya pegawai komunikasi hospital. Draf notis dalaman kepada semua kakitangan berkaitan latihan keselamatan siber pada 15 Julai 2026. Susun dengan tajuk 'NOTIS LATIHAN WAJIB', perenggan pengumuman, tarikh dan masa, lokasi, dan arahan pendaftaran. Nada rasmi dan jelas. Hadkan kepada 120 patah perkataan.”
Surat arahan pelaksanaan sistem baharu
“Saya penolong pegawai tadbir. Draf surat arahan dalaman kepada semua ketua jabatan berkaitan pelaksanaan sistem e-fail baharu. Sertakan (1) latar belakang perubahan, (2) tarikh pelaksanaan, (3) peranan setiap jabatan, (4) latihan yang akan disediakan, dan (5) orang hubungan untuk pertanyaan. Nada tegas tetapi membantu. Format surat arahan rasmi dengan tandatangan pengarah.”
Laporan & Minit
Minit mesyuarat dan laporan ringkas pentadbiran.
Minit mesyuarat jawatankuasa
“Saya setiausaha mesyuarat jawatankuasa kualiti. Draf minit mesyuarat daripada nota mentah di bawah. Susun dalam lima bahagian: tarikh dan tempat, kehadiran, perkara dibincangkan, keputusan, dan tindakan susulan dengan pegawai bertanggungjawab. Nada rasmi dan padat. Hadkan kepada dua muka surat. Nota mentah: [tampal di sini]”
Laporan bulanan fasiliti
“Saya penyelia unit pengurusan fasiliti. Draf laporan ringkas bulanan bagi bulan Jun 2026 berdasarkan data di bawah. Susun dalam empat bahagian: ringkasan eksekutif, pencapaian utama, isu semasa, dan cadangan penambahbaikan. Nada formal dan padat. Hadkan kepada satu muka surat. Data: [tampal data di sini]”
Balasan Pelanggan & E-mel
Aduan, pertanyaan dan balasan rasmi.
Balasan aduan pesakit
“Saya pegawai perhubungan pelanggan. Seorang pesakit menghantar aduan melalui e-mel tentang masa menunggu yang lama di klinik pada 5 Julai 2026. Draf balasan rasmi yang (1) mengakui aduan, (2) memohon maaf, (3) menerangkan langkah penambahbaikan yang sedang dilaksanakan, dan (4) menjemput beliau memberi maklum balas. Nada empati dan profesional. Hadkan kepada 150 patah perkataan.”
Perolehan & Sebut Harga
Surat rasmi untuk pembekal dan vendor.
Permohonan sebut harga peralatan
“Saya pegawai perolehan hospital. Draf surat rasmi kepada pembekal peralatan perubatan untuk memohon sebut harga bagi pembelian troli kecemasan (20 unit). Sertakan (1) spesifikasi asas peralatan, (2) tempoh penghantaran yang dikehendaki, (3) syarat pembayaran, dan (4) tarikh tutup sebut harga. Nada profesional dan tegas. Hadkan kepada satu muka surat.”
Kandungan Visual & Media Sosial
Infografik, carousel dan poster promosi.
Infografik pencegahan jangkitan
“Saya pegawai komunikasi korporat hospital. Draf infografik untuk sosial media mengenai langkah pencegahan jangkitan di fasiliti kesihatan. Susun dalam bentuk infografik menegak dengan tajuk utama, lima langkah praktikal dengan ikon, dan nota keselamatan di bahagian bawah. Nada mesra, jelas, dan informatif. Warna utama biru dan hijau. Hadkan kepada satu saiz poster A4.”
Carousel Instagram kesihatan mental
“Saya pembantu pentadbiran unit sumber manusia. Draf siri carousel Instagram (5 slides) untuk mempromosikan program kesihatan mental pekerja. Susun dalam format carousel: Slide 1 = tajuk menarik, Slide 2 = masalah yang dihadapi, Slide 3 = penyelesaian yang ditawarkan, Slide 4 = jadual aktiviti, Slide 5 = panggilan tindakan dengan QR code pendaftaran. Nada positif dan galakkan. Warna terang dan menyegarkan.”
Dokumen Prosedur
SOP, polisi dan dokumen rujukan dalaman.
SOP pendaftaran pesakit
“Saya pegawai penyelidikan klinikal. Draf dokumen SOP (Standard Operating Procedure) untuk prosedur pendaftaran pesakit baharu di klinik pakar. Susun dalam format dokumen rasmi dengan (1) tujuan, (2) skop, (3) definisi, (4) prosedur langkah demi langkah, (5) aliran kerja, dan (6) rekod yang perlu disimpan. Nada formal dan sistematik. Hadkan kepada tiga muka surat.”
TIP. Contoh arahan adalah panduan dan perlu disesuaikan mengikut konteks sebenar. Nama alat dan jenama dikekalkan dalam bentuk asal.
